Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kes curi kenderaan: lelaki Bangladesh antara 39 individu ditahan


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Bernama) -- Polis menahan 39 lelaki termasuk seorang warga Bangladesh dipercayai terlibat dalam kegiatan curi kenderaan di sekitar Iskandar Puteri menerusi ‘Ops Lejang Khas Iskandar Puteri’ yang dilakukan awal Januari lalu sehingga hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Ibrahim Mat Som berkata kesemua yang berumur antara 13 dan 45 tahun itu turut terdiri daripada anggota kumpulan yang dikenali sebagai Geng Lejang Sniper, Geng Lejang Melawati, Geng Lejang Ah Chet, Geng Lejang Kupit dan Geng Lejang Berg, yang kesemuanya melibatkan geng curi motosikal.

"Sepanjang operasi itu, empat kereta Proton Wira dan empat kereta lain membabitkan Toyota Vios, Perodua Kancil, Nissan Almera serta Toyota Vellfire turut dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM240,000.

"Selain itu, polis turut merampas 18 motosikal pelbagai jenama iaitu Honda (10), Yamaha (empat), Modenas (dua) dan SYM (dua) dengan nilai dianggarkan sebanyak RM48,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata semakan rekod jenayah mendapati 30 daripada yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala sembilan orang juga merupakan tangkapan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Beliau berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 379A, Seksyen 411, Seksyen 41 dan Seksyen 29 (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata pihaknya turut menahan enam lelaki dipercayai terlibat dalam kes tetak seorang lelaki tempatan sehingga maut di sebuah taman permainan di Taman Sri Pulai, Kangkar Pulai, di sini, Sabtu lepas.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan bandar raya ini dan polis masih mengesan saki-baki individu dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.

Dalam kejadian 12.50 malam terbabit, lelaki berumur 20 tahun itu sedang minum minuman keras bersama empat rakannya sebelum didatangi 10 lelaki tidak dikenali menaiki sebuah Proton Wira, Mitsubishi Storm dan Proton Waja lalu menyerang mereka.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel