Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gagal daftar taska, wanita didenda RM8,000


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





ALOR GAJAH, 15 Ogos (Bernama) – Seorang wanita pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Pusat Rehabilitasi PERKESO, Bandar Hijau Hang Tuah Jaya, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menjalankan dan menguruskan premis berkenaan secara tidak sah, Mei lepas.

Majistret Zaridah Y Abdul Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Rozita Zainal Abidin, 33,  selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Wanita itu didakwa menjalankan dan menguruskan ‘Taska Little Learning Child Care Centre’ yang tidak berdaftar di pusat rehabilitasi berkenaan, jam 6.30 pagi, 11 Mei lepas.

Dia didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang memperuntukkan  denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan ini merupakan kesalahan pertama dan  mengakui kesilapan tidak membuat susulan dengan pihak pusat rehabilitasi mengenai proses pendaftaran taska.

Selain itu, dia juga  menanggung dua anak kecil dan ibu yang menghidap darah tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, SR Arthana memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh berikutan ia membabitkan kepentingan awam, selain terdapat kes bayi lelaki berusia lima bulan meninggal dunia di taska berkenaan ketika dalam asuhan, 11 Mei lepas dan sebagai pemilik taska, tertuduh sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya.

Mengikut fakta kes, seorang wanita berusia 31 tahun yang sedang bertugas di zon merah Hospital Melaka menerima pesakit bayi lelaki tidak sedarkan diri dibawa dari taska berkenaan, jam 7.16 pagi, pada 11 Mei sebelum membuat laporan polis, dan mendapati taska terbabit tidak berdaftar dan tiada perakuan pendaftaran oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel