Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah pelajar Malaysia maut di Sydney selamat dikebumikan


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





TAIPING, 15 Ogos (Bernama) -- Jenazah pelajar Malaysia, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas dipercayai tergelincir dari tingkat 23 pangsapurinya di Sydney, Australia selamat dikebumikan semalam.

Ayah pelajar itu, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata jenazah Amirul Ashraff dikebumikan selepas waktu zohor di Sydney.

"Pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) menghubungi saya semalam pada 11 pagi (waktu Malaysia)  memaklumkan pengebumian anak saya telah diselesaikan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Mara kerana mengendalikan urusan pengebumian anak saya dan saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika ditemui di Perkampungan Kampung Tersusun Tekah dekat sini hari ini.

Pada Selasa minggu lalu sebuah portal berita melaporkan seorang penuntut Malaysia meninggal dunia dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang menjadi kediamannya di Sydney, Australia.

Amirul Ashraff merupakan pelajar tajaan Mara berasal dari Taiping adalah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universiti Technology of Sydney, Australia.

Mengenai laporan bedah siasat, Md Azhar yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata pihaknya belum menerima maklumat tersebut. 

"Saya juga belum bercadang untuk menziarahi pusara anak kerana masih dalam kesedihan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel