Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

50 kg ikan ditangkap guna bahan letupan dirampas di pasar Safma


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





KOTA KINABALU, 15 Ogos (Bernama) -- Penjualan ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan masih dilakukan di pasar Safma di sini dengan peniaga didapati menyorokkan hasil tangkapan itu di bawah meja selain meletakkannya di tepi dinding berhadapan kilang ais di pasar berkenaan sebelum dijual.

Tindakan peniaga itu dikesan dalam operasi bersama membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu dan Jabatan Perikanan Sabah pada 12.30 hari semalam, yang turut merampas 50 kilogram ikan  dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan.

Dalam kenyataan hari ini, Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata Unit Risik PPM menjalankan risikan dan pemantauan selama beberapa hari di sekitar kawasan Safma Kota Kinabalu bagi mengenal pasti individu yang menjual ikan bom. 

Menurutnya dalam operasi tersebut, 11 meja peniaga ikan telah diperiksa dan  pemeriksaan terhadap pelbagai jenis ikan dilakukan sendiri pegawai Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan. 

"Objektif utama operasi ini adalah bagi membanteras dan mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan pengeboman ikan dan penjualan ikan bom di pasaran," katanya.

Mohamad Pajeri berkata keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM700 bersama dengan sebuah tong berwarna merah. 

Katanya kes diserah kepada Jabatan Perikanan dan disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985, jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum mengikut Seksyen 25 (b) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel