Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keluarga wanita warga Singapura hilang ketika berkayak tiba di Hospital Kemaman


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





KEMAMAN, 15 Ogos (Bernama) -- Anggota keluarga wanita warga Singapura yang dilapor hilang ketika berkayak di perairan Endau, di sini, Khamis lepas, tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman malam ini. 

Mereka berada di sana bagi membuat pengecaman mayat wanita yang ditemui kira-kira 12.50 tengah hari semalam di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman oleh nelayan tempatan. 

Kira-kira 15 anggota keluarga Puah Geok Tin, 57, yang menaiki empat buah kereta bernombor pendaftaran Singapura, tiba di hospital itu pada pukul 11.45 malam dengan diiringi oleh sebuah kereta polis dan sebuah kereta Kedutaan Singapura cawangan Johor.

Tinjauan Bernama mendapati anggota keluarga itu kelihatan sugul dan berpelukan sesama sendiri. Beberapa anggota keluarga dilihat meraung selepas keluar dari bilik mayat.

Bagaimanapun, media tidak dibenarkan merakam gambar atau video serta menemuramah anggota keluarga itu.

Difahamkan bedah siasat akan dilakukan esok.

Khamis lepas, Puah dan seorang lelaki, Tan Eng Soon, 62, kedua-duanya warga Singapura, dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing.

Mereka dipercayai terpisah dari kumpulan berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Semalam, kayak dinaiki kedua-dua mereka ditemui pada 12.55 tengah hari di perairan Kuantan, Pahang sebelum mayat seorang wanita ditemui nelayan pada 12.50 tengah hari semalam di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel