Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pakar patologi HKL dilihat tinggalkan HTJ


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama pegawai-pegawainya dilihat meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), pada pukul 9.25 malam ini, selepas 12 jam berada di hospital itu.

Mereka tiba di sini, pada pukul 9.05 pagi tadi bagi proses bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, yang ditemui mati semalam di kawasan lurah berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer daripada resort penginapannya.

Kesemua doktor berkenaan ketika dihampiri petugas media enggan membuka mulut mengenai proses bedah siasat itu yang telah berlangsung lebih 10 jam.

Ketika hujan sederhana lebat mulai turun di kawasan hospital itu, petugas media dilihat mula meninggalkan perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ.

Terdahulu, polis pada sidang media memaklumkan sehingga pukul 8.15 malam tadi, proses bedah siasat mayat remaja itu masih diteruskan dan punca kematian belum diketahui.

Bedah siasat dikendalikan oleh pakar Patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ dan dibantu pakar dari Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel