Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bedah siasat Nora Anne belum selesai - Polis


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Sehingga pukul 8.15 malam, bedah siasat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, masih dijalankan, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Beliau berkata proses bedah siasat yang bermula pada pukul 11.45 pagi tadi dikendalikan oleh pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

"Sehingga kini, kami belum terima keputusan sebab kematian...saya tidak dapat pastikan sehingga jam berapa bedah siasat (selesai).

"Mereka masih jalankan bedah siasat, setakat ini sahaja yang saya boleh maklumkan," katanya pada sidang media di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, HTJ, malam ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat turut dibantu oleh pihak Jabatan Kimia dan Jabatan Forensik Petaling Jaya iaitu Dr Aidora Saedon dan Sufian Arshad Ahmad.

Ditanya sama ada proses pengumpulan bahan bukti di lokasi kejadian diteruskan, Che Zakaria berkata ia masih diteruskan.

"Tidak ada perkembangan baharu yang saya nak laporkan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kenyataan akhbar dan sidang media berhubung hasil bedah siasat itu akan diadakan esok, bagaimanapun waktu sidang media belum dimaklumkan.

Mayat Nora Anne ditemui semalam dalam keadaan tidak berpakaian di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer daripada resort penginapan remaja itu bersama keluarganya di Pantai di sini, selepas 10 hari remaja anak istimewa itu dilpor hilang dari bilik penginapannya di resort itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel