Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pendaki sukarelawan tidak sangka kumpulannya jumpa mayat Nora Anne


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





SEREMBAN, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne Quoirin, 15, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa kumpulannya yang akan menemukan mayat remaja Ireland itu selepas 10 hari operasi SAR dijalankan.   

Kenny Chan Kai Sian, 43, berkata sebelum penemuan mayat itu, beliau bersama kumpulannya melakukan pencarian mengikut laluan sungai dan mereka berpecah kepada dua kumpulan.

"Kami berpecah kepada dua kumpulan, satu di sebelah kiri dan satu ke kanan untuk meluaskan kawasan pencarian.

"Kumpulan saya yang mengikut laluan kiri tiba-tiba ternampak sekujur tubuh kira-kira 20 meter di hadapan kami, seorang ahli kumpulan yang nampak mayat itu berteriak kepada kami agar tidak menghampiri mayat itu kerana khuatir akan mengganggu elemen bukti yang diperlukan polis," katanya ketika dihubungi, di sini.

Chan berkata ketika kumpulannya menemukan mayat itu, dia hanya bersangka baik dan tidak terlintas di fikirannya mayat berkenaan adalah Nora Anne.

Menceritakan fizikal mayat itu, Chan berkata beliau hanya melihatnya sekali imbas dan nampak mayat dalam keadaan terlentang dan sedikit mengiring.

"Saya tidak berani tenung mayat itu dan hanya melihat dari jauh. Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi polis," katanya.

Bagaimanapun, Chan berkata pihaknya tidak pasti jika sebelum itu terdapat pihak lain yang menemukan  mayat itu.  

Kumpulan pendaki itu menyertai anggota SAR sejak Ahad lepas.

Semalam, mayat Nora Anne ditemukan pada pukul 1.57 tengah hari setelah 10 hari dia keluar dari resort penginapannya di Pantai, Seremban pada 4 Ogos.

Nora Anne, disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada 8 pagi.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba di Malaysia bersama keluarga pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel