Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wisma Putra bantu urus proses dokumentasi Nora Anne


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Wisma Putra akan membantu dari segi dokumentasi dan bekerjasama dengan kedutaan Ireland bagi menguruskan mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin, 15. 

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata setakat ini kerajaan Malaysia telah memberikan bantuan melalui pelbagai kementerian dan agensi kepada keluarga remaja itu, yang mayatnya ditemui semalam selepas 10 hari dilapor hilang dari sebuah resort di Pantai, Negeri Sembilan. 

Beliau berkata wakil polis dari Ireland dan Perancis telah mendapat kebenaran untuk berada di dalam bilik bedah siasat sebagai pemerhati.

“Wakil Kementerian Luar turut berada di Hospital Tuanku Jaafar selain seorang pegawai perhubungan (liaison officer) daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditempatkan bersama keluarga Nora Anne atas arahan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Abdul Hamid Badur),” katanya kepada Bernama. 

Saifuddin berkata peguam yang mewakili keluarga remaja itu, Sankara N. Nair turut dibenar melihat mayat mendiang semalam. 

Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan penyelamat yang secara keseluruhan melibatkan 353 anggota dari PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta sukarelawan. 

Mayat remaja itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga itu oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada pukul 1.57 tengah hari semalam.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel