Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bacaan ipu di ilp miri masih di tahap bahaya


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





KUCHING, 14 Ogos (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, masih berada di tahap bahaya pada 364, setakat pukul 4 petang.

Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS),  bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 dan Sri Aman kini berada dalam tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 271 dan 243, manakala bacaan IPU di Miri berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 131.

Sementara  itu, di kawasan-kawasan lain menunjukkan bacaan IPU sederhana iaitu Limbang dengan bacaan 63, Samalaju (73), Bintulu (71), Mukah (63), Kapit (60), Sibu (64), Sarikei (64), Samarahan (72) dan Kuching (74).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel