Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tunggang motosikal secara melulu, duda anak satu dipenjara, didenda


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang duda anak satu dipenjara tiga hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya, Ahad lepas.

Majistret Puteri Nursheila Rahim memerintahkan Muhammad Sukri Mubin, 28, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan akan dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda serta lesen memandunya digantung dua tahun.

Dia didakwa menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya sambil melakukan aksi menundukkan kepala yang mana perbuatan tersebut adalah merbahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini, pada 3.11 pagi, 11 Mei lepas.

Juruteknik itu didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan. 

Ketika rayuan, Muhammad Sukri yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah penanggung utama keluarga.

"Saya rayu hukuman penjara yang singkat dan denda kurang, saya ada anak yang perlu diberi nafkah. Saya juga menanggung keluarga," katanya. 

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Abdullah Khazali memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel