Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPU Miri kekal di tahap berbahaya setakat 12 tengah hari


Tarikh kemaskini: 14/08/2019





KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak terus merekodkan kualiti udara berbahaya setakat 12 tengah hari tadi.

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU 361 dicatatkan di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri manakala sebuah lagi stesen di Miri mencatatkan tahap tidak sihat iaitu IPU 126.

Bacaan IPU yang direkodkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2, Miri pula menunjukkan peningkatan kualiti udara kepada 270 (tahap sangat tidak sihat) berbanding IPU 307 pada pukul 1 petang semalam.

Kualiti udara di Sri Aman pula mencatatkan peningkatan ke tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 245 berbanding bacaan IPU antara 101-200 pada tahap tidak sihat yang dicatatkan semalam.

Data keseluruhan menunjukkan keadaan semasa jerebu di seluruh Malaysia merekodkan 63 kawasan berada pada tahap sederhana, satu kawasan berada pada tahap tidak sihat, dua kawasan di tahap sangat tidak sihat dan satu kawasan di tahap berbahaya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel