Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penagih dadah maut ketika menyamun


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





LENGGONG, 13 Ogos (Bernama) -- Seorang penagih dadah yang memecah masuk sebuah rumah di Kampung Lata Kekabu di sini, awal pagi tadi dengan bersenjatakan pisau maut selepas bergelut dengan salah seorang penghuni. 

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, suspek yang berusia 30-an dipercayai memasuki rumah yang didiami seorang ibu tunggal dengan anak lelakinya berumur 16 tahun untuk menyamun. 

“Suspek kemudian mengacukan pisau kepada wanita berkenaan sebelum berlaku pergelutan antara dia dengan anak tuan rumah.

“Selepas bergelut, suspek jatuh ke lantai dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Lenggong yang datang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata mayat suspek dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

“Punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh,” katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel