Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri sedia tukar calon ahli majlis jika ada keperluan


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





TAIPING, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri sedia menukar nama calon ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika terdapat permintaan daripada mana-mana parti politik, kata anggota Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Yong Choo Kiong.

Beliau berkata setiap parti kecuali PKR sudah menyerahkan nama calon untuk jawatan tersebut bagi tempoh 1 Ogos 2019 hingga Julai 2021, namun sedia menukarnya jika terdapat permintaan.

"Selain pelantikan daripada parti politik, terdapat juga lantikan daripada kuota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah dan menerima jawatan sebagai ahli Majlis Perbandaran Taiping (MPT) di sini hari ini.

Seramai 18 ahli MPT dilantik semula, manakala dua lagi merupakan ahli baru dari Parti Pribumi  Bersatu Malaysia. 

Terdahulu, dalam ucapannya Yong berkata pelantikan ahli majlis MPT merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk menjadikan Taiping lebih bersih, hijau, selamat dan cemerlang.

Tambahnya, sehingga kini 11 daripada 15 PBT di Perak telah mendapat penarafan lima bintang antaranya Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Manjung,  Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan Majlis Daerah Tapah.

"Saya harap PBT-PBT yang masih di bawah tahap lima bintang akan terus berusaha agar dapat mencapai kedudukan terbaik," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel