Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelewatan bantuan mangsa ribut tidak disengajakan - MB Selangor


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Kelewatan menyalurkan bantuan kepada penduduk di beberapa kawasan yang terjejas di daerah Sabak Bernam dekat sini akibat kejadian ribut Sabtu lepas, tidak disengajakan berikutan membabitkan kerosakan dan peruntukan besar.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan telah bertindak sebaik mungkin dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut berkenaan.

"Bantuan lambat kerana ia membabitkan kira-kira 500 buah rumah yang rosak akibat kejadian ribut berkenaan jadi kosnya juga adalah besar.

"Ribut adalah bencana alam dan apa yang penting dalam pengurusan bencana adalah penyelarasannya dan kalau dilihat negeri Selangor lebih ke depan berbanding negeri lain kerana mempunyai unit dan pegawai khas dalam pengurusan bencana,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, bantuan bagi membaiki beberapa rumah yang rosak akibat ribut itu dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh tiga minggu atau sebulan.

Katanya, Kerajaan Negeri bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa ribut itu dan akan cuba menangani sebaik mungkin masalah yang dihadapi mereka.

‘’Kita sedia terima kritikan dan sedia memperbaiki (kelewatan itu) bagaimanapun, simpatilah dengan pegawai kita yang turun padang kerana rumah yang terjejas bukan sedikit,’’ katanya.

Sabtu lepas, kira-kira 500 buah rumah di sekitar daerah itu termasuk di kawasan Sungai Besar dan Sekinchan, telah rosak teruk akibat ribut berkenaan.

Akibat kejadian itu, penduduk setempat meminta Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa yang terjejas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel