Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ambulans terbakar selepas pindah pesakit ke wad


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





MELAKA, 13 Ogos (Bernama) -- Sebuah ambulans terbakar di bahagian enjin selepas seminit selesai memindahkan seorang pesakit dari Unit Kecemasan ke Wad E Hospital Melaka pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Melaka, Soon Wee Kiang berkata dalam kejadian kira-kira 8.11 pagi itu, pemandu ambulans tersebut cuba memadamkan kebakaran apabila menyedari bahagian hadapan kenderaan berasap dan terbakar.

“Pemandu terbabit bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api dan gelung hos yang terletak berhampiran sehingga pasukan bomba sampai.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan operasi memadam kebakaran berjaya diselesaikan kira-kira 8.29 pagi dengan bantuan 16 anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata  pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai kejadian  kebakaran di Hospital Melaka seperti yang tular di media sosial hari ini.

“Untuk makluman semua, setakat hari ini JBP Melaka hanya menerima satu panggilan iaitu kebakaran ambulans pada pagi tadi sahaja,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel