Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerja pembersihan pokok tumbang akibat ribut hampir selesai - APM


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





ALOR SETAR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang akibat kejadian ribut pada Jumaat lalu di negeri ini telah selesai 99 peratus, kata Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kerja pembersihan itu dilaksanakan oleh 139 anggota APM di 12 daerah yang terlibat di mana daerah Kuala Muda mencatatkan kejadian pokok tumbang paling banyak iaitu 19 kes.

“Sebanyak 66 laporan kes pokok tumbang diterima APM bermula dari pukul 8.45 malam hingga 11.30 malam pada Jumaat lalu dan sehingga hari ini 99 peratus kes yang diterima telah diselesaikan sepenuhnya.

“Manakala baki satu peratus lagi kes dijangka akan diselesaikan selewat-lewatnya Khamis ini. Sebanyak 20 aset pelbagai jenis termasuk kenderaan pacuan empat roda dan lori telah digunakan dalam operasi pembersihan itu di seluruh Kedah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selain pokok tumbang, ribut tersebut turut menyebabkan sejumlah 1,536 buah rumah di negeri ini mengalami kerosakan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel