Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Selangor pertimbang insentif untuk rawatan tibi


Tarikh kemaskini: 13/08/2019





SHAH ALAM, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan insentif sebanyak RM500 kepada setiap pesakit tibi sebagai bantuan perubatan untuk mereka menerima rawatan susulan di hospital dalam tempoh enam bulan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata cadangan menyediakan insentif itu dalam belanjawan negeri tahun depan sebagai usaha membantu pesakit mendapatkan rawatan sempurna sekali gus mencegah penyakit tersebut daripada merebak.

“Cadangan ini baharu dikemukakan jadi kita akan nilai dahulu, jika ia berkesan dan sebagainya perlu ada (tindakan)  susulan di peringkat kerajaan negeri untuk mengawal serta menangani masalah penyakit tibi.

‘’Kita  juga perlu memikirkan tindakan susulan supaya penyakit tibi dapat dicegah terutama dalam soal sikap masyarakat (terhadap penyakit itu) dan gaya hidup seharian mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bajet 2020 ‘Membudaya Komuniti Sihat Ke Arah Selangor Maju Bersama’ di sini, hari ini.

Terdahulu, cadangan berhubung pemberian insentif itu dikemukakan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr B. Venugopalan ketika sesi dialog tersebut mengenai penyakit tibi.

Dr Venugopalan berkata sepanjang tahun lepas, Selangor merekodkan 5,071 kes penyakit tibi dengan 367 kematian.

Katanya daripada jumlah itu, 553 kes atau 11 peratus daripadanya cicir rawatan selama enam bulan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel