YhVpEm0GhWM Polis buru individu panah anjing hingga mati
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis buru individu panah anjing hingga mati


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





LANGKAWI, 12 Ogos (Bernama) -- Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan memanah haiwan itu hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dayang Bay, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas seorang pengadu wanita melihat satu hantaran di Facebook mengenai seekor anjing yang ditemukan dengan dua kesan panah di badan haiwan itu.

"Semasa pihak polis sampai ke tempat kejadian, anjing tersebut telah ditarik oleh orang awam untuk dibuang ke laut. Bagaimanapun bangkai anjing tersebut berjaya diperoleh semula dan telah dibawa ke Klinik Haiwan Chenang untuk dibedah siasat memandangkan tiada Pegawai Veterinar bertauliah di Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada  ia adalah anjing peliharaan atau liar kerana belum ada pihak yang tampil membuat laporan kehilangan haiwan peliharaan.

 “Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (d) Akta Binatang 1953. Polis juga meminta pemilik akaun Facebook Chen Liau Weng serta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel