efXGRKCqrcI Keluarga tawar ganjaran RM50,000 untuk kesan Nora Anne
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Keluarga tawar ganjaran RM50,000 untuk kesan Nora Anne


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





NILAI, 12 Ogos (Bernama) -- Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban, dekat sini, sejak 4 Ogos lalu, hari ini menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemukan gadis berusia 15 tahun itu,.

Ibu kepada remaja istimewa itu, Meabh Jaseprine Quoirin, 46, berkata wang ganjaran itu disumbangkan sebuah entiti perniagaan berpangkalan di Belfast, Ireland, yang enggan didedahkan, untuk sebarang maklumat yang boleh membantu secara langsung dalam usaha pencarian anaknya.

Menurutnya, polis sudah berusaha gigih untuk mengesan anak sulungnya itu dan ganjaran tersebut adalah untuk membantu siasatan polis berhubung kehilangan mangsa.

“Nora Anne adalah anak sulung kami. Beliau amat bernilai kepada kami dan hati kami semakin berkecai. Kami merayu kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Nora Anne membantu kami mencarinya,”  katanya pada sidang media di Balai Polis Pantai di sini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan anaknya itu supaya hotline khas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di talian 0111-2285058 atau menerusi e-mel ops@lbtrust.org bagi mereka yang berada di luar Malaysia.

Nora Anne dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu bapanya serta dua adiknya.

Keluarga tersebut tiba di resort berkenaan pada 3 Ogos untuk percutian selama dua minggu.

Operasi SAR melibatkan 353 anggota sudah memasuki hari kesembilan hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel