Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Enam lelaki ditahan terbabit dalam lumba haram di Seremban


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan lumba kereta haram di jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata mereka berumur 20an itu ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di Jalan Dato Bandar Tunggal sini selepas didapati memandu secara melulu dan berbahaya di jalan berkenaan, pada pukul 1 pagi.

Beliau berkata serbuan berkenaan dilakukan selepas risikan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota mengenai aktiviti lumba haram di kawasan tersebut. 

"Selain penahanan kesemua mereka, polis juga turut menyita empat buah kenderaan jenis Proton Satria. 

"Kesemua mereka direman selama dua hari bermula hari tangkapan dan akan dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel