Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kuala Baram catat jerebu tahap berbahaya 


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan jerebu di kawasan SK Kuala Baram 2, Sarawak hari ini berada pada skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya, dengan catatan IPU 317 setakat pukul 11 pagi, mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Kawasan itu terjejas dan berada dalam tahap berbahaya sejak 10 pagi dengan bacaan IPU 302 dan mula berada pada tahap sangat tidak sihat sejak pukul 8 pagi ini dengan catatatan IPU 242 dan meningkat kepada IPU 282 pada pukul 9 pagi. 

Jerebu di ILP Miri, Sarawak pula berada pada skala bacaan IPU sangat tidak sihat, dengan catatan IPU 296 setakat pukul 11 pagi ini selepas berada dalam tahap berbahaya sejak 11 pagi semalam dengan bacaan IPU 380 dan mencapai bacaan kemuncak IPU 396 pada pukul 6 petang semalam sehingga 8 pagi ini dengan mencatatkan bacaan IPU 301.

Sementara itu, jerebu di Sibu berada dalam tahap tidak sihat apabila menunjukkan bacaan IPU 118 pada pukul 11 malam tadi dan menunjukkan peningkatan ketara pada 11 pagi ini dengan bacaan IPU 170.

Sri Aman turut berada dalam tahap tidak sihat sejak pukul 4 pagi ini dengan bacaan IPU 107 dan menurun kepada IPU 102 pada pukul 11 pagi.

Data keseluruhan menunjukkan keadaan semasa jerebu seluruh Malaysia dengan 63 kawasan berada dalam tahap sederhana, tiga kawasan berada dalam tahap tidak sihat dan masing-masing satu kawasan sangat tidak sihat dan berbahaya. 

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya. 

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel