hMsD8bOSG4c Seramai 348 anggota dikerah cari Nora Anne pagi ini - polis
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 348 anggota dikerah cari Nora Anne pagi ini - polis


Tarikh kemaskini: 12/08/2019





NILAI, 12 Ogos (Bernama) —  Polis pagi ini telah mengerahkan seramai 348 anggota dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang memasuki hari kesembilan hari ini. 

Jumlah itu menjadikan ia sebagai pasukan SAR yang terbesar setakat ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar dalam kenyataan di sini berkata agensi keselamatan yang terlibat antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan negeri, Sapura, serta penduduk tempatan termasuk Orang Asli.

Operasi SAR pada hari ini turut menumpukan pencarian di Gunung Berembun.

Sehingga pukul 11.15 pagi ini, keadaan mendung dan berkabus serta sekali sekala disertai hujan.

Keadaan ini dijangka memberi cabaran kepada petugas SAR serta petugas media yang turut menyertai operasi.

Setakat pagi ini, status keberadaan Nora Anne masih menjadi tanda tanya dan tinjauan dilokasi mendapati beberapa kenderaan pelbagai agensi keselamatan dilihat keluar dan masuk dari laluan utama ke resort dan kaki Gunung Berembun. 

Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di sebuah resort di Pantai.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya oleh keluarganya pada pukul 8 pagi hari berikutnya.

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel