Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Awak-awak warga asing hilang


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang awak-awak warga Indonesia hilang, selepas terjatuh ke dalam laut ketika ribut dan angin kencang melanda Sabak Bernam, dekat sini pada malam Jumaat lepas.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata mangsa yang dikenali dengan nama Budi, jatuh dari bot nelayan ketika berada pada jarak kira-kira enam batu nautika dari Kuala Sungai Bernam, pada kira-kira pukul 1 pagi.

"Kehilangan beliau disedari rakannya, ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Jeti Nelayan Bagan Nakhoda Omar.

"Operasi Carilamat telah diaktifkan sejak 4.15 petang semalam dan kami telah menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat di Pantai Bagan Nakhoda Omar.

“Pihak kami masih belum menemui apa-apa setakat ini dalam kawasan pencarian seluas 75 batu nautika persegi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau sebuah aset bot peronda Maritim Negeri Selangor telah digerakkan ke lokasi pencarian dan turut dibantu Pasukan Polis Marin serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

"Unit udara maritim serta komuniti nelayan sekitar juga turut memberi bantuan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel