Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PLUS sedia beri kerjasama siasat kemalangan di Bangi  


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan yang berlaku berhampiran persimpangan Southville City, Bangi di sini, petang semalam.

PLUS dalam kenyataan hari ini melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap inisiden yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.

Menurut pengendali konsesi lebuh raya itu, syarikat juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya lain.

“PLUS menasihatkan agar pengguna lebuh raya yang terlibat di dalam kemalangan supaya segera menghubungi pihak polis atau melaporkannya di balai polis yang berdekatan,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel