Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Indeks pencemaran udara Miri masih di tahap bahaya - JAS


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak, masih mencatatkan status kualiti udara tahap bahaya dengan bacaan 395 setakat pukul 7 petang ini. 

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Miri kembali menunjukkan trend peningkatan dengan bacaan lebih 300 sejak pukul 5 pagi tadi.

Sementara itu, di Selangor, Johan Setia Klang masih mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 126 pada pukul 7 petang.  

Majoriti semua kawasan yang lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi tadi. 

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel