Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Serang penghantar makanan: seorang ditahan, seorang masih bebas


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Polis menahan salah seorang daripada dua lelaki yang menyerang seorang penghantar makanan ‘Grab’ ketika cuba merompak motosikalnya di Phileo Damansara, pada Jumaat.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek ditahan 4.45 pagi semalam dan telah mengaku beliau dan seorang rakannya terlibat dalam jenayah tersebut.

“Polis Petaling Jaya berjaya menahan beliau di Taman Kepong semalam. Beliau kemudiannya memberikan polis maklumat di mana rakannya yang masih bebas itu berada,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Zani berkata, suspek dan rakannya itu berkenalan ketika mereka menjalani hukuman penjara di penjara Kajang pada 2010.

Katanya, suspek mempunyai tiga rekod kes lampau melibatkan kes curi.

Semasa tangkapan itu, polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan sewaktu kejadian tersebut dan juga senjata iaitu sebatang besi pengunci motosikal yang telah digunakan untuk mencederakan mangsa.

Semalam, sebuah video tersebar melalui media social menunjukkan seorang penunggang Grab food telah ditahan dan diserang dua lelaki dalam satu kejadian mencuri motosikal yang gagal.

Mangsa mengalami kecederaan pada telinga, kepala, belakang dan mulut.

Ketika kejadian, beberapa orang lalu lalang telah membantu mangsa dan sebuah telefon bimbit telah ditemui dipercayai dicicirkan oleh salah seorang suspek.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel