Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut: 11 Tabika Kemas yang rosak di Kedah dan Perlis akan dibaiki segera


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





ALOR SETAR, 11 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 11 Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang mengalami kerosakan akibat ribut di Kedah dan Perlis malam kelmarin akan dibaik pulih segera, sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran bermula selepas cuti Raya Aidiladha.

Tanpa penjelasan lanjut tentang nilai kerugian disebabkan kerosakan itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata tabika yang hanya melibatkan kerosakan kecil itu, masing-masing empat di Kedah, manakala selebihnya di Perlis. 

"Berdasarkan laporan yang kita terima kerosakan yang dialami 11 tabika ini, tidak terlalu besar dan kita jangkakan seawal minggu depan ia akan dibaiki," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut di Taman Indah di sini hari ini.

Rina berkata kementeriannya akan turut membantu apa yang patut untuk mangsa ribut terlibat terutamanya golongan B40 meskipun agensi lain bertanggungjawab menyediakan bantuan ketika berlaku bencana.

“Apabila sesuatu bencana berlaku NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) akan bertindak, tetapi kita akan turun padang melihat keadaan yang berlaku. Seperti hari ini kita datang bukan atas kapasiti kementerian sebaliknya atas inisiatif sendiri, Srikandi (Bersatu),” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel