Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

TMJ dilantik Pemangku Raja Johor


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





JOHOR BAHRU, 11 Ogos (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor.

Dalam satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Johor memaklumkan majlis pelantikan itu telah diadakan di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan majlis sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial berkenaan.

Turut kelihatan berangkat ke majlis itu ialah anakanda-anakanda baginda yang lain, serta menantunya Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi, Aminolhuda Hassan.

Sultan Johor bertitah Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas, dan mentadbir negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 

Baginda tidak menyatakan sebab mengapa pelantikan itu dibuat.

-- BERNAMA 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel