Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapangan Terbang Pulau Pinang telah jalankan kerja pembersihan, baik pulih akibat ribut


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerja pembersihan dan baik pulih telah dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas ribut melanda pulau itu pada Jumaat malam, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam satu kenyataan, pengendali lapangan terbang itu berkata walaupun lapangan terbang itu mengalami kerosakan namun tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu.

'’Pasukan krisis kami telah menilai kerosakan dan bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan pembersihan sepenuhnya di terminal dan tiada serpihan di landasan terbang untuk memastikan keselamatan operasi penerbangan selepas kejadian ribut itu,” katanya.

MAHB berkata antara kerosakan dialami dalam kejadian itu adalah sebahagian atap dan siling  terkoyak serta pintu kaca dan tanda jalan yang pecah, dan menurutnya sebuah kereta juga dilaporkan terkena satu struktur yang rosak.

Kejadian ribut itu turut menyebabkan 21 penerbangan terpaksa ditunda dan dua penerbangan dibatalkan.

Penerbangan yang ditunda itu melibatkan lebih 1,000 penumpang manakala 300 penumpang yang penerbangan dibatalkan telah diberikan kemudahan penginapan untuk malam itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel