Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu berkaitan penceramah agama perlu diselesaikan secara musyawarah - Adly


Tarikh kemaskini: 11/08/2019





MELAKA, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam isu penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin bagi menyelesaikan perkara tersebut melalui perbincangan dan ‘Musyawarah’.

Ketua Menteri Adly Zahari berharap isu berkaitan penceramah agama di negeri ini dapat diselesaikan secara budi bicara dan bukannya menerusi tindakan undang-undang.

“Boleh selesaikan menerusi budi bicara dan penambahbaikan sistem yang sedia ada, kalau ada pelanggaran peraturan, ia perlu diselesaikan menerusi perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara ibadah korban sempena sambutan Aidiladha di Masjid Al-Azim di Bukit Palah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan Wan Ji  pada 8 Ogos oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semasa diminta hadir ke pejabat agensi agama itu bagi memberi keterangan berhubung tindakannya memberi ceramah tanpa tauliah pada kuliah subuh di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang pada 14 Julai lepas.

Bagaimanapun, Wan Ji dibebaskan oleh Mahkamah Syariah Melaka  setelah menjelaskan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Adly berkata bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, kerajaan negeri akan menambah baik sistem sedia ada.

Beliau berkata pentauliahan penceramah agama di negeri ini akan disemak semula dan mereka yang tidak mempunyainya akan diberi tauliah untuk mengajar jika dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Katanya selain tauliah, penceramah yang ingin mengajar agama di negeri ini juga diberikan kebenaran khas seperti kebenaran daripada Jabatan Mufti Melaka dan tertakluk kepada beberapa perkara seperti penceramah perlu menjaga perpaduan dan menghormati pelembagaan negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel