lJnF9vpB3xQ 155 sekolah terjejas akibat ribut di kedah setakat 10 malam
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

155 sekolah terjejas akibat ribut di kedah setakat 10 malam


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 155 sekolah di 10 daerah di Kedah terjejas apabila mengalami kerosakan antaranya pada bahagian bumbung dan siling bangunan sekolah itu akibat ribut malam semalam setakat 10 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah Dr Salmee Said dalam satu kenyataan ringkas malam ini berkata sekolah yang terlibat di daerah Langkawi, Sik, Kuala Muda, Yan, Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Baling, Kota Setar dan Kulim-Bandar Baharu.

Bagaimanapun, Dr Salmee berkata sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terganggu  memandangkan mereka akan bercuti sempena Hari Raya Aidiladha hingga 17 Ogos nanti.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel