Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis Pulau Pinang rampas makanan haiwan dari Thailand


Tarikh kemaskini: 10/08/2019




BUTTERWORTH,10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas produk makanan haiwan (Frippak Raceway and  Sanolife Pro-W) dari Thailand kerana tidak mematuhi syarat import dalam pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), di sini semalam.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata pemeriksaan pada pukul 4.40 petang mendapati 828 kilogram (kg) produk makanan haiwan bernilai RM35,788.99 tidak mematuhi syarat cuba di bawa masuk ke negeri ini.

"Pihak MAQIS telah mengeluarkan kompaun dan peringatan kepada pengimport tersebut atas kesalahan mengimport tanpa mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya pihaknya sentiasa komited dalam melaksanakan tugasan di semua pintu masuk negara di Pulau Pinang bagi memastikan komoditi pertanian yang masuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi menjamin kualiti serta selamat untuk dimakan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel