EdfE65oCWI0 Ribut: 467 buah rumah di Perlis dilapor rosak
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut: 467 buah rumah di Perlis dilapor rosak


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KANGAR, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 467 rumah di negeri ini dilapor rosak dan terjejas akibat ribut yang melanda malam tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, berdasarkan laporan yang diterima sehingga 6 petang ini, sejumlah 303 rumah dilapor rosak di Kangar; 86 rumah di Arau; dan 78 rumah di Padang Besar.

Kejadian pokok tumbang dilapor di 11 lokasi di seluruh negeri dan sehingga kini kerja-kerja pembersihan giat dijalankan.

Jumlah kerugian masih dalam taksiran.

Hujan lebat disusuli angin kencang malam tadi, membadai beberapa negeri di utara Semenanjung melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, bekalan elektrik terputus, selain rumah dan kemudahan awam rosak.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel