GmICfY6jSNA Jenazah dua beradik terlibat kemalangan di Alor Gajah selamat dikebumikan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jenazah dua beradik terlibat kemalangan di Alor Gajah selamat dikebumikan


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





BATU PAHAT, 10 Ogos (Bernama) -- Jenazah dua beradik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton di Lebuh Alor Gajah - Melaka - Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat di Alor Gajah, Melaka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yong Peng, dekat sini, malam ini. 

Jenazah Alissa Azhar, 15 dan kakaknya Alia, 17, dikebumikan dalam liang lahad berasingan pada pukul 9.30 malam.

Sebelum itu, jenazah kedua-duanga disembahyangkan oleh kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan juga jemaah Masjid Tunku Laksmana Abdul Jalil, di Yong Peng, yang diimamkan oleh Qurrotu Akyun selepas Solat Isyak setelah tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.15 malam.

Selain Alissa dan Alia, turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ayahnya Azhar Ahmad, 50; ibu saudara mereka yang hanya dikenali sebagai Habibah, 60 dan ibu tiri mereka, Halimatun Aris Padzil, 24.

Ketika kejadian, kelima-lima mereka yang menaiki kenderaan jenis Isuzu D-Max dalam perjalanan ke Perak dari kediaman mereka di Taman Kota Panorama,  Yong Peng bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Kemalangan turut mengorbankan seorang pemandu Mitsubishi Triton iaitu Wang Chow Kuang, 51. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel