Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

39 pesakit cedera akibat ribut terima rawatan di hospital kerajaan seluruh Kedah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Seramai 39 pesakit yang mengalami kecederaan akibat ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah malam tadi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan seluruh negeri ini setakat ini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata sebanyak 23 kes pesakit luar dan 16 kes pesakit yang dimasukkan ke wad dicatatkan di enam hospital kerajaan di negeri ini. 

"Sebanyak 15 mangsa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar; lapan mangsa di Hospital Langkawi; lapan mangsa di Hospital Jitra; empat mangsa di Hospital Kulim; dua mangsa di Hospital Yan dan dua di Hospital Sik. 

"Pada pukul 5 petang tadi, seramai 23 pesakit luar dan seorang pesakit di wad disahkan stabil dan dibenarkan pulang manakala 15 mangsa yang lain masih dirawat di wad,"  katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, daripada 15 mangsa yang masih ada, hanya seorang di Hospital Langkawi berada dalam keadaan kritikal dan proses memindahkan mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sedang diusahakan bagi membolehkan rawatan lanjut diberikan kepada pesakit.

 Dr Norhizan berkata selain itu, terdapat 2 pesakit luar dirujuk oleh Klinik Kesihatan Air Hitam, Kedah ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis  untuk mendapatkan rawatan lanjut  dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang. 

"Ribut yang membadai malam tadi juga menyebabkan satu kes kematian di daerah Kubang Pasu melibatkan seorang penunggang motosikal wanita berumur 27 tahun. 

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Jitra pada jam 9.30 malam. Bedah siasat forensik yang dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel