Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS tumpaskan cubaan seludup komoditi pertanian di Johor semalam


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





JOHOR BAHRU, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas pelbagai produk pertanian, menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di Laluan Kereta Import Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, tengah malam semalam.

MAQIS dalam satu kenyataan hari ini berkata rampasan terdiri daripada 4.3 kilogram (kg) daging ayam sejuk beku, masing-masing 2.1 kg (daging babi dan itik sejuk beku), 1.65 kg (karkas tulang sejuk beku), 2.3 kg (buah limau), 1.15 kg (daging babi dalam tin), 0.5 kg (ikan sardin dalam tin), makanan ikan dan tiga jenis ikan hidup iaitu haruan, bandaraya dan harimau siam. 

“Rampasan dibuat kerana pemandu kenderaan terbabit, seorang lelaki tempatan, gagal mengemukakan permit import yang dikeluarkan MAQIS terhadap semua produk berkenaan.

“Difahamkan barangan seludup itu diperoleh dari Singapura untuk kegunaan sendiri,” katanya. 

MAQIS berkata konsainan telah disita untuk tindakan lanjut, dan kes pula akan disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta sama.

MAQIS berkata kawalan import di pintu masuk negara akan sentiasa dipergiatkan lagi, bagi memastikan konsainan yang diimport mematuhi kehendak perundangan seperti bebas perosak, penyakit dan bahan tercemar demi kesejahteraan rakyat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel