Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ribut dan angin kencang tumbangkan pokok besar di laluan masuk sebuah apartmen di Tanjung Bungah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Sebatang pokok besar yang tumbang dari laluan pejalan kaki konkrit di Tanjung Bungah di sini akibat ribut dan angin kencang malam tadi, menghalang laluan masuk ke Apartmen Bayshore.

Tinjauan Bernama mendapati pintu pagar automatik laluan itu rosak teruk dan tertanggal, manakala penghadang besi di laluan itu kemik, dengan pokok besar itu terlantar diatas kanopi kawasan tempat letak kereta, turut menghempap sebuah motosikal.

Ahmad Embi, 70, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan apartmen itu berkata insiden itu boleh menjadi bertambah buruk sekiranya ada beberapa lagi kenderaan diletakkan ditempat di mana pokok besar itu tumbang.

“Kira-kira pukul 10 malam tadi, semasa angin kuat mula dirasakan, ramai pengunjung sebuah majlis perkahwinan di sini bergegas keluar untuk memindahkan kenderaan mereka daripada kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya beliau melihat sendiri kejadian pokok itu tumbang pada kira-kira pukul 10.45 malam, apabila terdengar bunyi kuat pada mulanya.

Beliau berkata pada kira-kira 11.36 malam beliau cuba menghubungi pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), namun tidak berjaya, dan kemudiannya beliau terus menghubungi balai polis di Tanjung Bungah.

“Petugas Angkatan Pertahanan Awam kemudiannya tiba pada pukul 1.00 pagi untuk membersihkan laluan di jalan utama itu, dan operasi mereka tamat pada kira-kira pukul 3.00 pagi,” katanya.

Menurutnya pada kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi empat petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang tiba di tempat kejadian untuk memotong pokok berkenaan kepada bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan ia diangkut keluar.

Malam tadi ribut dan angin kencang yang dikatakan penghujung Typhoon Lekima membawa angin selaju 1008.8km sejam membadai negeri-negeri diutara semenanjung yang terdiri daripada Perlis, Kedah dan Pulau Pinang antara pukul 10.30 malam dan 12.30 tengah malam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel