Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS tumpaskan cubaan bawa masuk susu tepung dari Jerman tanpa sijil kesihatan yang sah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya mengagalkan cubaan membawa masuk produk susu tepung yang diimport dari Jerman tanpa mempunyai sijil kesihatan yang sah dari negara asal di Zon Perdagangan Bebas KLIA, Sepang pada Khamis lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah MAQIS Negeri Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata hasil pemeriksaan pada jam 6.50 petang mendapati terdapat 18 kotak susu tepung seberat 180 kilogram  yang dianggarkan bernilai RM5,134 telah diimport tanpa mematuhi syarat.

Beliau berkata konsainan tersebut akan ditahan dan disita untuk tindakan lanjut.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], iaitu tidak mematuhi syarat import, katanya.

"Sekiranya didapati bersalah boleh dihukum dibawah Seksyen 15(2) Akta yang sama iaitu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya," katanya. 

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel