Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mangsa ribut terpaksa lupakan hasrat beraya di kampung


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Dugaan buat dua keluarga di pangsapuri Mutiara Idaman 1 apabila terpaksa melupakan hasrat menyambut Hari Raya Aidil Adha selepas bumbung rumah mereka rosak akibat ditiup angin kencang malam tadi.

Yusliani Ali, 35, suri rumah berkata, beliau dan keluarganya memang merancang balik ke kampung halamannya di Selangor untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pagi ini tetapi kejadian malam tadi memaksa mereka melupakan hasrat itu.

Menurut beliau, angin kencang yang berlaku sejak 10 malam tadi mengakibatkan bumbung dan siling rumah roboh sehingga menyebabkan kebocoran ketika hujan.

"Kami bernasib baik ketika kejadian malam tadi, tiada orang di rumah. Kami memang sudah "packing" pakaian siap dengan juadah raya untuk bertolak balik kampung pagi ini tetapi kini terpaksa beraya di sini untuk kerja-kerja pembersihan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Yusliani, yang duduk bersama suami dan dua orang anak berumur 16 dan 11 tahun berkata kejadian malam tadi adalah kali ketiga berlaku di unitnya tingkat 20 pangsapuri berkenaan.

"Ini adalah kejadian terburuk pernah berlaku sejak kami pindah ke rumah ini pada tahun 2003 dan telah menyebabkan banyak perabot, peralatan elektrik dan hiasan rumah untuk Hari Raya Aidiladha rosak," katanya.

Seorang lagi jiran sama tingkat, Mohd Fadzli Mazlan, 32, seorang pengawal keselamatan berkata, masa kejadian beliau sedang makan di ruang tamu kira-kira 10 malam, tiba-tiba siling rumahnya bergegar dan mula retak.

"Saya terus jerit kepada anak dan isteri untuk keluar dari rumah kerana bumbung rumah sudah nak roboh.

"Sejurus saja kami keluar dari rumah, bumbung termasuk siling sekali roboh menyebabkan rumah kami dimasuki air hujan," katanya.

Beliau berkata isterinya, Nurul Kamsiah Samat yang berniaga kecil-kecilan membuat kuih terpaksa membatalkan tempahan daripada pelanggan.

"Juadah kuih raya yang kami sediakan untuk pelanggan sempena Hari Raya Haji ini pun rosak. Kerugian yang dialaminya kira-kira RM10,000," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel