Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ambulans hilang kawalan, rempuh pembahagi jalan


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Tidak sampai seminggu selepas insiden membabitkan ambulans di Ipoh, sebuah lagi ambulans dilaporkan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM19.4 Lebuh Raya Maju menghala ke Seri Kembangan hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan itu yang berlaku pada 9.30 pagi.

Beliau berkata ambulans tersebut yang membawa seorang pesakit yang ditemani oleh isterinya bergegas dalam perjalanan menuju ke Hospital Putrajaya.

“Pemandu ambulans dan wanita tersebut hanya cedera ringan sementara pesait terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada 45 Ogos lepas, sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit dan tiga kakitangan Hospital Slim River terbabas di Kilometer 368.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Ipoh, menyebabkan pemandu ambulans dan pesakit wanita maut di tempat kejadian. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel