Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bernama akan beri kerjasama penuh bagi siasatan oleh Kementerian Kewangan


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengambil maklum kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini agar Kementerian Kewangan menyiasat dakwaan bahawa Bernama menggunakan caruman untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membayar gaji bulan Julai para petugasnya. 

Dalam satu kenyataan akhbar, Bernama berkata ia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan untuk menjalankan siasatan itu.

Lim dalam kenyataannya itu berkata, siasatan berkenaan perlu bagi menentukan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab di atas situasi yang serius ini dan menyekat pembayaran dalam caruman KWSP agar tindakan sewajarnya boleh diambil. 

Menurut satu laporan portal semalam, Bernama didakwa menghadapi kekangan kewangan yang memberi kesan kepada caruman KWSP pekerja dan bayaran balik pinjaman walaupun potongan gaji telah dilakukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel