Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lif: RM103,000 penalti dikenakan atas pelbagai kesalahan


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 57 kes kompaun dan pendakwaan telah diambil terhadap pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik dan firma penyelenggara lif bagi tempoh Januari 2018 hingga Jun 2019 dengan penalti berjumlah RM103,000, menurut Kementerian Sumber Manusia.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu menjelaskan bahawa selain pemeriksaan berkala ke atas lif penumpang, program promosi berkaitan pengunaan lif secara selamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) juga melakukan pemeriksaan mengejut serta mengambil tindakan punitif termasuk tindakan kompaun dan pendakwaan ke atas pelanggaran perundangan termasuk berkaitan operasi lif penumpang.

Mengulas mengenai artikel dalam ruangan ‘View: The Star, Jumaat 9 Ogos- Inspection of lifts should be more regular’, kementerian itu memaklumkan bahawa secara prinsipnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan lif termasuk lif Projek Perumahan Rakyat (PPR) sedia ada adalah memadai.

Bagaimanapun, antara cabaran utama dalam memastikan pengurusan lif PPR beroperasi dengan baik dan selamat adalah isu kegagalan pemunya untuk melantik Firma Yang Kompeten (FYK) bagi melakukan penyelengaraan yang pada kebiasaannya disebabkan faktor kekangan kewangan, jelasnya.

"Selain itu, isu penyelenggaraan yang substandard, penyalahgunaan, vandalisme dan pengunaan lif yang melangkaui spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan, misalnya lif penumpang digunakan untuk mengangkat objek yang bersaiz besar dan berat akan menggangu kelancaran operasi lif tersebut," menurutnya dalam kenyataan itu.

"Kementerian mengalu-alukan cadangan dan insiatif semua pihak ke arah memantapkan sistem penyelenggaran lif penumpang di negara ini terutama lif penumpang di PPR supaya isu penyelengaraan lif di negara ini dapat ditangani secara yang holistik," jelasnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel