Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 560 rumah rosak akibat ribut di Kedah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 560 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan termasuk bumbung tercabut diterbangkan angin kuat dari 11 daerah di Kedah akibat kejadian ribut malam tadi setakat 4 petang ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail berkata daerah yang terlibat itu merangkumi Baling, Yan, Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kota Setar, Pendang, Padang Terap, Kubang Pasu, Kulim dan Pokok Sena.

Beliau berkata, rumah yang paling banyak rosak adalah di daerah Kulim dengan mencatatkan 119 buah dan disusuli 111 rumah di Baling.

“Hospital Sik juga rosak antaranya di bahagian bumbung dan siling wad 3, lampu jalan dan tempat letak kereta serta dahan pokok patah berdekatan penjaga keselamatan yang mana anggaran kos pembaikan RM10,000,” katanya dalam satu kenyaatan ringkas hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel