Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Insafi pengertian korban demi perpaduan rakyat - Wan Azizah


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Umat Islam di negara ini hendaklah menghayati pengertian di sebalik ibadah korban yang bukan sahaja dapat mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah, tetapi juga memastikan umatnya sentiasa bersatu padu, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu akan dapat mengelakkan berlakunya perpecahan sekali gus memastikan martabat agama Islam itu sendiri terus terpelihara dan nasib umatnya akan terus terbela.

“Kita harus mengetepikan segala kepentingan diri bagi kebaikan masyarakat seterusnya memupuk semangat cintakan negara bagi mencapai keharmonian.

“Justeru itu, bersempena dengan Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan berpimpin tangan demi mengeratkan perpaduan berbilang bangsa seterusnya menterjemah budaya toleransi dalam konteks bermasyarakat,” katanya dalam perutusan Aidiladha, yang akan disambut esok.

Dr Wan Azizah berkata peristiwa yang tercatat di dalam Al-Quran, Surah As-Saffat ayat 101 hingga 111 yang mengisahkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS demi mentaati perintah Allah SWT adalah manifestasi lambang ketundukan, ketaatan dan kepatuhan yang cukup tinggi seorang hamba di dalam menjunjung perintah Penciptanya.

“Sesungguhnya dalam memaknai perjuangan dan pengorbanan itu tidaklah semudah ungkapan tetapi memerlukan keazaman yang tinggi dan kecekalan untuk menterjemahnya dalam bentuk pelaksanaan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel