Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

20 peratus daripada tanah PSR dikhaskan untuk rumah mampu milik - Jagdeep


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





GEORGE TOWN, 10 Ogos (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada tanah dalam projek tebus guna laut di selatan Pulau Pinang (PSR) akan digunakan untuk meningkatkan stok kerajaan bagi penyediaan rumah-rumah mampu milik, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo.

Jagdeep berkata cadangan itu dibentangkan semasa mesyuarat esco negeri dan ia telah mencapai kata sepakat.

“Pulau pertama PSR akan memakan masa antara 10 dan 15 tahun untuk disiapkan, dan ketika itu jumlah penduduk Pulau Pinang akan meningkat, begitu juga dengan permintaan untuk rumah mampu milik,” katanya dalam persidangan media di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memerlukan stok yang mencukupi untuk unit-unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah, dan juga rumah mampu milik dalam jangka masa panjang, memandangkan pemohon bagi projek-projek perumahan baru sentiasa meningkat setiap hari.

“Akhirnya kita perlu ada stok rumah yang mencukupi bagi memastikan setiap penduduk Pulau Pinang akan dapat memiliki rumah sendiri, terutama pembeli rumah pertama,” katanya.

Di bawah projek PSR kerajaan negeri bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut untuk mewujudkan tanah bagi membiayai projek PTMP.

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Terdahulu Jagdeep melawat tapak pembinaan projek Iconic Vue, bangunan rumah bangsa setinggi 26 tingkat yang mengandungi 232 unit rumah mampu milik dengan keluasan 78.97 meter persegi, terletak di kejiranan yang tidak terlalu padat di Batu Ferringhi.

Ia dijangka dapat disiapkan pada November ini, dan sehingga kini 228 units telah berjaya dijual.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     

Ibu negara Indonesia di Kalimantan: Sarawak, Sabah terima tempias positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel