Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanaman pisang diserang gajah liar di Gua Musang


Tarikh kemaskini: 10/08/2019




GUA MUSANG, 10 Ogos (Bernama) -- Lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5 di sini, bimbang dengan keselamatan mereka, berikutan dakwaan ancaman seekor gajah jantan liar yang berkeliaran berhampiran kediaman mereka sejak tiga hari lalu.

Penduduk mendakwa kehadiran gajah liar itu turut memusnahkan tanaman pisang dan anak pokok getah yang diusahakan sejak dua tahun lalu, sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli (MPKOA) Kampung Aring 5, Asrul Husin, 24, berkata masalah ancaman gajah liar bukan perkara baharu yang dihadapi penduduk .

“Kebanyakan penduduk mengusahakan tanaman pisang sebagai punca utama pendapatan mereka, dan sering kerugian kerana diancam gajah liar.

“Ia merupakan kejadian kedua pada tahun ini membabitkan gajah liar dengan kes pertama pada Mac lepas, menyebabkan ratusan tanaman pisang yang diusahakan penduduk musnah,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Aring 5 di sini.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli, Syaimi Ab Hadi, 39, berkata penduduk tidak berani keluar malam sejak tiga hari lepas selepas mendapati kehadiran gajah liar tersebut.

Beliau berkata penduduk percaya gajah liar berkenaan berlindung di hutan berhampiran dan keluar mencari makan di kawasan perkampungan itu pada pukul 1 pagi dan masuk semula ke hutan pada pukul 5 pagi.

“Penduduk mengalami kerugian besar bukan sahaja hilang hasil pisang, tetapi juga pokok getah yang perlu ditanam semula. 

"Kami juga sudah laporkan perkara itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang dan berharap agar tindakan segera dapat diambil, kerana bimbang gajah itu akan serang penduduk pula,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel