Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki nyaris maut kereta terbakar


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





JOHOR BAHRU, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis BMW miliknya terbakar, dipercayai sewaktu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Pelangi, di sini, pagi tadi.

Kebakaran kira-kira 11.30 pagi itu memusnahkan 90 peratus kereta berkenaan selain turut mengakibatkan kerosakan kira-kira 20 peratus pada pam minyak serta bumbung stesen berkenaan. 

Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Bahru, Kilok Lampas berkata mangsa yang warga tempatan berusia 69 tahun tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.

“Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada 12.09 tengah hari menghantar seramai 23 anggota dan dua jentera dari BBP Johor Bahru dan Johor Jaya ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel