Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hayati erti pengorbanan, bina jati diri alah rasuah - SPRM


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengajak seluruh rakyat terus berkorban memerangi rasuah dan membina jati diri yang alah rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Beebi Koya berkata, dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidiladha, yang akan disambut esok, masyarakat diseru menghayati erti pengorbanan sebenar di sebalik ritual ibadah korban semata-mata.

"Sesungguhnya kita mestilah berwaspada agar gejala rasuah tidak meresapi kesemua aspek kehidupan termasuk ibadah suci seperti pemberian lembu dan fardu haji.

"Mudah-mudahan Hari Raya Korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan dan semoga negara kita bebas dari sebarang bentuk rasuah," katanya dalam perutusan Aidiladha Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini, hari ini.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban akan disambut esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel