Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

58 kes rumah rosak akibat ribut di daerah Kota Setar - Exco


Tarikh kemaskini: 10/08/2019





ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar merekodkan sebanyak 58 kes melibatkan kerosakan rumah akibat ribut yang berlaku malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri Halimaton Shaadiah Saad berkata bagaimanapun setakat 12 tengah hari tadi tiada pusat pemindahan dibuka. 

"Parlimen Pokok Sena mencatatkan 28 kes kerosakan rumah yang melibatkan kawasan Langgar, Lepai, Telaga Mas, Derga, Tajar dan DUN Bukit Pinang manakala Parlimen Kuala Kedah turut mencatatkan 28 kes yang melibatkan Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor.

"Sementara itu, hanya dua kes dicatatkan di Parlimen Alor Setar iaitu di Suka Menanti dan Kota Darulaman. Seramai 30 pegawai dan anggota JKM terlibat dalam menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jumlah kerugian," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau berkata buat masa ini kerajaan negeri memberikan bantuan segera sebanyak RM300 menerusi Tabung Bantuan Segera (TBS) untuk mangsa terlibat dan sekiranya terdapat tambahan kes maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel